Isnin, 20 Julai 2009

Sindrom Down (Siri 1)

Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
Sakit jantung berlubang
Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
Kurang pendengaran
Lambat/bermasalah bertutur
Penglihatan kurang jelas
Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran   kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima   keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan