Rabu, 3 September 2014

Kursus Kompetensi 2014

Cikgu Faizal Zainudin dan cikgu Roslina Salleh telah mengikuti Kursus Kompetensi mulai 25 hingga 29 Ogos yang lalu di IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur. Selamat berkursus.

Perkemahan PPKI Daerah Sabak Bernam

Satu  perkemahan PPKI Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2014 di Padang SMK Sungai Besar. Ia melibatkan semua sekolah rendah dan menengah yang ada program PPKI. Perkemahan selama dua hari memberikan asas perkemahan kepada pelajar PPKI. Mereka didedahkan dengan asas ikatan, pertolongan cemas, kawad kaki, ikhtiar hidup dan sebagainya.Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh En Abu Hasan Dolah, PPD Sabak Bernam. Gambar akan menyusul.

LADAP Kssr Tahun 5

Latihan dalam perkhirmatan Kssr tahun 5 diadakan di PKG sungai besar mulai jam 12.30 hingga 1 tengahari. En Aziz Samsuri telah menyampaikannya. Isu  isu utama dalam BM ada 7 iaitu kemahiran bahasa, seni bahasa, tatabahasa, sistem bahasa, tanda bacaan, sebutan dan intonasi, strategi p&p.Kelas 12-30 hingga jam 1.00 diambil alih oleh PPM. Pelbagai pendekatan Pengajaran pembelajaran boleh digunakan , ada 13 semuanya, antaranya melalui analisis tugasan,  inkuari, pendekatan kabolarasi, konstruktualisme, bermain, bertema, kunstuktual, kompetatif, interaktif, simulasi, pengajaran misteri digalakkan.

Kaedah Pentaksiran
  1. Pemerhatian
  2.  

Jumaat, 20 Jun 2014

Selamat Datang Ust Mahamad

Selamat datang ustaz Muhamad bin Romle. Berasal dari Merbok Kedah. Menapatkan pengajian di IPG Darul Aman. ke Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Makmur. Moga tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran. Warga PPKI juga mengucapkan ribuan terima kasih kepasda Ustazah Norizan Kornain yang ditempatkan di SK Jalan Gurney Kuala Lumpur. terima kasih atas pengorbanan yang diberikan.

Khamis, 10 April 2014

Selamat Berkursus Asas Pendidikan Khas

Cikgu Faizal Zainudin dan ustazah Norizan Kornain telah mengikuti kursus Asas Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Selangor mulai 7 April 2014 hingga 11 April 2014. Meskipun terpaksa berjauhan dengan isteri, beliau tetap menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas. Selamat berkursus dan selamat maju jaya. Gambar akan menyusul.

Selamat Pengantin Baru Buat Cikgu Faizal

Warga SK Seri Makmur Sungai Besar mengucapkan Selamat pengantin baru buat Cikgu Faizal Zainudin dan pasangannya Nurhusna bte Md Nasir yang melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 March 2014 di kampung cangkat, Bota, perak, semoga kekal abadi. Gambar menyusul kemudian.