Khamis, 19 Ogos 2010

MAEPA (Malaysia Australia Education Program fo Afghanistan)

Tangal 8 Ramadhan 1431, mencatat sejaran apabila SK Seri Makmur menerima kunjungan seramai 33 orang pelawat dari Afghanistan dalam rangka program kerjsama Malaysia Australia Education Program fo Afghanistan ( MAEPA )yang kini sedang mengikuti kursus 14 Minggu di IPBA Kuala Lumpur. Mereka telah datang awal, untuk sesi taklimat manakala esoknya mereka memantau pengajaran & pembelajaran beberapa orang guru termasuk Program Pendidikan Khas. Bersama 3 orang penterjemah mereka amat tertarik dengan sekolah iniyang menurutnya cantik, indah dan bersih. Mereka kemudiannya dipersembahkan dengan pentomen,tarian,nasyid. Sebelum beredar mereka telah bertukar2 cenderamata, kemudiannya menanam pokok sebagai tanda kerjasama dua negara.Selain sekolah ini, mereka juga melawat Sekolah Menengah Agama Sungai Hj Dorani berikutnya.


































Jumaat, 13 Ogos 2010

Ehya Ramadhan 1431

Program Ehya Ramadhan, Pendidikan Khas Sk Seri Makmur telah dimulakan awal 9 Ogos 2010 ( Isnin ) Sekolah telah menjemput Ustaz Azroie Yaakob telah dijemput untuk menyampaikan sedikit tazkirah kepada seluruh warga Pendidikan Khas.Selain ceramah, program dimulakan dengan majlis Tahlil arwah untuk adik Siti Aisyah Norazmil yang telah meninggal dunia baru-baru ini kerana kemalangan jalan raya.Program diselang seli dengan kuiz, pelajar yang berjaya diberi hadiah galakan.Akhir sekali jamuan di Ambang Ramadhan telah diadakan untuk semua. Terima kasih.



Latihan Minggu Pencegahan Kebakaran

Latihan Minggu Pencehagan Kebakaran telah diadakan disekolah ini pada minggu lepas, ianya melibatkan semua pihak. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar telah memberikan kerjasama dengan mengadakan demontrasi memadam kebakaran. Beberapa pelajar termasuk pelajar pendidikan Khas telah dipilih untuk menyertainya. Berikut gambar sekitar kempen tersebut.







Khamis, 5 Ogos 2010