Isnin, 24 Oktober 2011

Perkhemahan Akhir Tahun Pendidikan Khas

Perkhemahan akhir tahun pendidikan khas akan diadakan esok Selasa, 25/10/2011. mulai jam 800 pagi hingga 300 petang.Demikian menurut Penyelaras Pendidikan Khas Pn Firdarus Bakar. Perkhemahan melibatkan seramai 30-40 orang pelajar. Mereka akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya mendirikan khemah, kawad kaki, pertandingan memasak, pertandingan membuat gajet,kem solat bestari dan sebagainya. Cikgu Mohd Azmi Mat Zin selaku Kem Komanden .

Khamis, 20 Oktober 2011

Syarat Kemasukan

Takrif Sekolah Khas

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
# Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
# Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

Prasekolah

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
# berumur 7+ hingga 14+ tahun
# disahkan oleh pengamal perubatan
# dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
# berumur 6+ hingga 14+ tahun
# disahkan oleh pengamal perubatan
# dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pelajaran Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
# Berumur 13+ hingga 19+ tahun
# disahkan oleh pengamal perubatan
# dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasional

i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian
# Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
# Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
# Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.


Maklumat Lanjut :
Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia

p/s: Sumber dari Kemeteran Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Khas

Rabu, 19 Oktober 2011

Jasa Mu di Kenang

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang 1988

Pintar Cerdas

Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas(gifted).

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi 32 dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

Latar Belakang Kajian

Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an.

Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanakkanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan

MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program

BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil 33 daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.

Definisi Pelajar Pintar Cerdas

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972.

Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by theregular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination:
1. General intellectual aptitude
2. Specific academic aptitude
3. Creative or productive thinking
4. Leadership ability
5. Visual and performing arts

Definisi Konsep Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 196I, (dalam Mischel, 1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Sementara definisi oleh Pervin (1996), dalam Mitschel (1999:4) adalah;

“Personality is the complex organization of cognition, affects, and
behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the person’s life. Like the body, personality consists of both structures and processes and reflects both nature (genes) and nurture (experience). In addition, personality includes the effects of the past, including memories of the past, as well as constructions of the present and future”.

Terdapat pelbagai teori personaliti yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi, di antaranya
a) Teori Psikioanalitik
b) Teori Trait Personaliti
c) Tori Pembelajaran Sosial

Sindrom Down

SINDROM DOWN

Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit. SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama. Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
• Sakit jantung berlubang
• Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
• Kurang pendengaran
• Lambat/bermasalah bertutur
• Penglihatan kurang jelas

Suasana membesarkan kanak-kanak SD:

• Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
• Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
• Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
• Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
• Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:
• Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
• Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
• Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
• Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
• Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
• Latihan berterusan.
• Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
• Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
• Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
• Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
• Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
• Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
• Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
• Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
• Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
• Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
• Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

Cadangan kepada ibu bapa

Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.

Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak.

Ciri fizikal kanak-kanak SD :
• Hidung kemek
• Lidah tebal dan kerap terjelir
• Tapak tangan lebar
• Tapak tangan ada hanya satu lipatan
• Jari kelengkeng tangan melengkung
• Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
• Leher pendek dan besar
• Kelopak mata berlipat-lipat
• Sendi longgar
• Otot lembik

Kepentingan permainan

Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.

• Permainan selidik dan jelajah- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.

• Permainan membina dan kognitif
misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna

• Permainan sosial- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi

• Permainan khayalan- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak

• Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal

• Permainan bahasa- meniru gaya cakap
- menyanyi

Kerencatan Akal ( Mental Retardad )

DEFINISI & FAKTOR PENYEBAB

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.

Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal. Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital adalah :-
1. Palsi serebrum
2. Sindrom Downs

Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.

Antara filosofi penjagaan dan rawatan pesakit yang kerencatan akal ;
1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.

2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli.

3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy.

4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti dilakukan.

5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.

6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.

7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.

Oleh : Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli

Disleksia ( Dyslexia )

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:
• mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti
bercampur-aduk
• mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan
huruf-huruf yang yang digabung
• mereka sukar mengeja
• mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
• mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
• mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia. Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeda dari lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini. Kita perlu tahu bahawa tidak semua kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau kepayahan yang sama. Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh menghadapi masalah ini di peringkat rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran mereka sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar dan menghambat kemajuan pelajaran mereka. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Autism

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal "pervasive developmental disorder"an fungsi otak. Ia adalah kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris "psychiatric disorder" mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.

Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan ("Autism Society of America": http://www.autism society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih "Caucasian males" kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now").

Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan (continuum) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities.

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi (early infantile autism). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Attention-Deficit Disorder (ADD)

Attention-Deficit Disorder (ADD)

Simptom yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Ini adalah simptom-simptom yang ketara yang dapat di kenal pasti di kalangan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting contohnya di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ini merujuk kepada daya perhatian yang singkat, bersikap kurang serius dan kurang daya untuk membuat keputusan dan pilihan. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana besikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.

Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah :

- Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai)

- Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah)

- Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang di berikan. Oleh sebab itu kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.

- Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi komitmen kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran.

- Kerap terlupa dan kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan.

- Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya.

- Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran.

- Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.

- Tidak suka di paksa atau menuruti perintah.

Antara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini antaranya cuma mengasingkan pelajar lelaki yang bertindak agresif di dalam kumpulan pelajar perempuan. Ini kerana sikap mudah terpengaruh dapat mengurangkan tindakan agresif mereka. Ibu bapa juga perlu mengawal pemakanan mereka, kerana ada pendapat umum menyatakan bahawa makanan ringan boleh menyebabkan masalah ini terjadi dan telah terbukti melalui kajian sains.

Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :

- Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.

- Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.

- Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.

- Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.

- Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.

- Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.

Menurut sains ini terjadi semenjak di dalam kandungan. Pengambilan ubat-ubatan secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh memberi kesan kepada kanak-kanak. Kajian yang di lakukan menunjukkan tahap glukosa asli bagi kanak-kanak ini adalah rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Ini bermakna glukosa asli adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.

Follow up:

THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA

Rawatan akupunktur dan herba adalah salah satu alternatif bagi rawatan kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD. Rawatan akupunktur ini mengambil masa selama satu jam bagi kanak-kanak pada satu sesi rawatan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD, ADD, Hyper-active atau sebarang masalah lain seperti lambat bercakap, sukar menerima pembelajaran dan lain-lain, rawatan yang di berikan oleh Master Leong di sini telah banyak membantu kanak-kanak yang bermasalah kembali kepada kehidupan kanak-kanak normal. Di samping rawatan akupunktur, mereka juga di berikan ubat herba yang berbentuk serbuk halus.
Tempoh atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu. Namun apa yang dapat di lihat pada setiap kali sesi akupunktur ialah perubahan pada mereka. Dengan rawatan Neuro Akupunktur The Tole kami telah berjaya membantu kanak-kanak menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Lembab ( Slow Learner )

DEFINISI

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:
- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
- Temubual
- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah.
- Konkrit ke abstrak.
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
- Jauhkan dendaan yang negatif

Sekitar Jamuan Raya Pendidikan Khas 1432