Rabu, 29 Julai 2009

Bulan Kecerdasan PPKI

Minggu Kecerdasan Program Pendidikan Khas sekolah ini telah diadakan pada pagi ini (Khamis) mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Cikgu Mohd Azmi bin Md Zin sebagai instrukturnya. Program ini di sertai oleh semua guru dan pelajar pendidikan khas.Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan pagi ini (Jumaat).

Selasa, 28 Julai 2009

Lawatan Ke PDK Seri Panglima, Peket 100

Lawatan ke PDK seri Panglima Peket 100 diadakan pada Khamis 30 Julai 2009. Lawatan melibat ken semua guru Pendidikan Khas, Guru Pelatih dan wakil PPM. Kami dibawa melawat bilik spaceroom. Diakhir lawatan kami sempat diberikan jamuan , sesi bergambar diadakan dan penyampaian cenderamata.
Terima kasih

Ahad, 26 Julai 2009

Peperiksaan Percubaan UPSR

2 orang pelajar Program Pendidikan Khas sekolah ini iaitu Asma Adila Baharudin dan Nurdiana bt Abdullah Sani akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR selama 3 hari mulai esok 28/7/2009 hingga 30/7/2009. Warga PPKI SK Seri Makmur mengucapkan selamat maju jaya.

Kursus Induksi lagi

Pn Nornaimah bt Somingan, pn Norazura bte Dahari juga menghadiri Kursus Induksi Siri 3 pada 6/7/2009 hingga 16/7/2009 di Port Dickson. Seminggu sebelum berkursus rumah beliau telah terlibat dalam kebakaran. Warga PPKI berharap beliau dan keluarga dapat menerima musibah yang ditimpakan dengan sabar, insyaallah.

Kursus Induksi

Pn Nazriza bt Nasron, PPM Program pendidikan Khas SK Seri Mekmur mengikuti Kursus Induksi Siri 2 di Hotel Seri malaysia Sepang ( 18/5/2009 hingga 28/5/2009 ). Selamat maju jaya.

Jumaat, 24 Julai 2009

Kursus Dalam Perkhidmatan

Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) akan diadakan pada hari Sabtu 25/07/2009 untuk guru-guru SK Seri Makmur. Kursus akan diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Sungai Besar. Peserta akan didedahkan dengan PROTOKOL dan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Israk dan Mikraj

Sambutan Israk dan Mikraj sekolah kebangsaan Seri Makmur telah diadakan semalam 24/07/09. Ustaz Zulkifli Ahmad, dari SMK Dato Mustafa telah dijemput. Semua guru dan pelajar hadir sama termasuk pelajar pendidikan khas sekolah ini.

Rabu, 22 Julai 2009

Selamat Datang Mohd Azmi

Cikgu Mohd Azmi bin Mohd Zain, dari Kg Parit 9 Sungai Leman, Sekincan telah melapor diri di SK Seri Makmur awal Julai menggantikan Cikgu Halim bin Jantan yang bertukar ke SK Air Leleh, Bukit Katil Melaka. Selamat datang.

Isnin, 20 Julai 2009

Sindrom Down (Siri 1)

Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
Sakit jantung berlubang
Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
Kurang pendengaran
Lambat/bermasalah bertutur
Penglihatan kurang jelas
Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran   kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima   keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Khamis, 16 Julai 2009

Epilepsi (3)

Pada 1990, British Epilepsy Association melaporkan 72 peratus daripada penghidap epilepsi mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan. Dr. Azmi memberitahu, di sesetengah negara pesakit epilepsi yang mendapat serangan pertama tidak dibenarkan memandu kereta selama setahun.
Bagaimanapun, jika selepas tempoh setahun pesakit dilaporkan bebas daripada serangan, pesakit layak mendapat lesen semula. Katanya, 70 peratus pesakit epilepsi yang diberi rawatan ubat-ubatan dapat mengawal keadaan mereka manakala bakinya 30 peratus sukar dikawal. ``Mereka yang tergolong dalam kumpulan 70 peratus ini sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk bekerja atau belajar,'' ujarnya. Penghidap epilepsi yang sukar mendapat pekerjaan tergolong dalam kumpulan mereka yang menghadapi masalah epilepsi yang tidak terkawal, personaliti atau fizikal mereka terjejas misalnya seperti tangan yang spastik.
Pekerjaan penghidap epilepsi
Jika pesakit kanak-kanak bebas daripada serangan epilepsi dalam jangka masa antara dua hingga tiga tahun, peluang untuk mereka sembuh dianggarkan sebanyak 60 peratus.

Bagaimanapun, katanya, bagi orang dewasa mereka mungkin perlu mengambil ubat selama seumur hidup untuk mengawal epilepsi. Dr. Azmi menasihatkan penghidap epilepsi supaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka.
Sebaik-baiknya elakkan memohon pekerjaan yang melibatkan keselamatan orang ramai seperti pemandu bas, polis trafik, kereta api, teksi atau juruterbang. Pada masa yang sama, katanya, penghidap juga tidak digalakkan melakukan pekerjaan seperti
Mengendalikan jentera atau mesin yang berat
* Pengasuh kanak-kanak
* Pekerjaan yang hampir dengan sungai, laut dan tempat-tempat terpencil
* Kerja-kerja menghantar surat
* Kerja mengendalikan bahan-bahan kimia
Dr. Azmi tidak menafikan berlakunya masalah diskriminasi oleh majikan terhadap penghidap epilepsi.

Dr. Azmi tidak menafikan berlakunya masalah diskriminasi oleh majikan terhadap penghidap epilepsi. Ini termasuklah diberhentikan kerja, diasingkan dan kurang diberi peluang kenaikan pangkat.

Keadaan itu, katanya, menjejaskan psikososial pesakit sekali gus menyebabkan pengangguran yang tidak sepatutnya. ``Secara tidak langsung penghidap mengalami masalah pendapatan yang tidak stabil ekoran terpaksa bertukar-tukar pekerjaan, membebankan keluarga dan hilang keyakinan diri,'' katanya.Di England, penghidap epilepsi yang kerap mendapat peruntukan perubatan, elaun bulanan dan tempat tinggal. Bagaimanapun ada juga majikan yang bertanggungjawab dan terus memberi sokongan kepada pesakit epilepsi yang bekerja dengan mereka. Hakikatnya, kata Dr. Azmi, seperti individu normal yang lain, kebanyakan penghidap epilepsi yang mengikut peraturan ubat-ubatan tidak mendapat serangan. Malah, kata beliau, golongan ini lebih bertanggungjawab, dedikasi terhadap pekerjaan mereka dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.``Majikan tidak seharusnya memberhentikan pekerja mereka yang menghidap epilepsi sewenang-wenangnya hanya kerana masalah kesihatan yang mereka hadapi.
Faktor mencetus epilepsi
Tekanan
Kurang tidur atau rehat
Sensitif pada cahaya yang terang (photo sensitive)
Minum minuman keras

Epilepsi (2)

Jenis-jenis epilepsi
Epilepsi terbahagi kepada dua iaitu:
1. General epilepsi. Epilepsi ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Puncanya tidak diketahui tetapi ia dikatakan mempunyai kaitan dengan genetik.
2. Partial epilepsi. Bagi jenis ini, sesetengahnya boleh diketahui puncanya manakala sebahagian lagi tidak diketahui puncanya.
Partial epilepsi berlaku akibat seseorang individu terbabit dengan kemalangan yang menjejaskan bahagian otaknya. Selain itu, jangkitan kuman pada otak juga menjejaskan bahagian tertentu otak. Menurut Dr. Azmi, tubuh manusia dilengkapi dengan mekanisme yang menseimbangkan fungsinya. Sebagai contoh, jika berlaku kerosakan pada salah satu bahagian otak, ia boleh menjejaskan keseimbangan neurotransmitter di otak.Ketidakseimbangan ini akan menyebabkan berlakunya cetusan elektrik secara berlebihan.Tambahnya, temporal lobe epilepsi merupakan partial epilepsi yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita dewasa. Biasanya serangan epilepsi jenis ini agak menakutkan orang di sekeliling. Bagaimanapun, ia tidak mencederakan orang lain.

Lebih penting lagi, kata Dr. Azmi, epilepsi tidak mempunyai kaitan dengan penyakit mental seperti yang difahami oleh ramai orang.``Mekanisme serangan epilepsi ini jauh bezanya dengan penyakit mental kerana selepas serangan berlaku, pesakit akan rasa keliru dan mungkin menjadi lebih agresif tetapi untuk seketika sahaja. Selepas itu pesakit akan pulih seperti biasa,'' ujarnya.
Sehubungan itu, Dr. Azmi menasihatkan orang ramai supaya tidak berasa takut atau memulau penghidap epilepsi. Jika serangan sawan tidak berlaku, mereka adalah seperti manusia biasa yang sihat. Stigma yang begitu menebal dalam pemikiran sebahagian besar masyarakat menyebabkan penghidap epilepsi sering berada dalam dilema.``Dilema ini termasuk mencari kawan, pekerjaan atau pasangan hidup dan berkeluarga. ``Antara dilema yang selalu berlaku ialah mereka mengalami kesukaran memohon pekerjaan yang sesuai,'' katanya. Tambah beliau, masalah pengangguran, mendapat pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan yang dimiliki dan diskriminasi adalah antara prejudis masyarakat terhadap mereka.

Epelipsi (1)

MENGENAL EPILEPSI
( Bahagian 1)

PESAKIT epilepsi atau sawan seperti yang difahami oleh kebanyakan kita ialah individu yang mengalami kekejangan, terbaring dalam keadaan tidak sedar sambil mulutnya mengeluarkan buih. Persepsi seperti itu sedikit sebanyak menyebabkan epilepsi dianggap sebagai penyakit yang menakutkan. Ini sekali gus menyebabkan ia turut tersenarai sebagai salah satu penyakit yang mempunyai stigma tersendiri.
Pakar Perunding Neurologi, Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Abd. Rashid berkata, kurangnya kefahaman masyarakat berhubung epilepsi menyebabkan masalah kesihatan ini dilabelkan dengan pelbagai tanggapan negatif. Menurut beliau, tidak kurang orang yang beranggapan epilepsi sebagai penyakit mental, manakala sebahagian yang lain merasakan ia adalah penyakit buatan orang, makhluk halus, akibat sihir dan sebagainya.Kadangkala kita sampai ke peringkat orang menjauhkan diri apabila mengetahui ada di kalangan individu berhampiran mereka menghidap epilepsi. ``Hakikatnya, epilepsi tidaklah seteruk seperti yang kita fikirkan selama ini,'' kata Dr. Azmi.

Epilepsi merupakan satu keadaan di mana berlakunya gangguan pada fungsi otak yang disebabkan oleh ledakan atau cetusan elektrik yang tidak terkawal. Gangguan ini mengakibatkan seseorang pesakit mendapat serangan secara tiba-tiba dan berulang-ulang. Bagaimanapun, kata Dr. Azmi, ada juga pesakit yang mendapat serangan epilepsi hanya sekali seumur hidup mereka. ``Serangan itu tidak diklasifikasikan sebagai epilepsi, sebaliknya ia berlaku akibat kekurangan gula dan kalsium dalam darah atau akibat kecederaan pada kepala,'' jelasnya. Serangan epilepsi
Dr. Azmi memberitahu, ramai beranggapan epilepsi sebagai sejenis penyakit yang mengakibatkan penghidapnya tidak sedarkan diri ketika berlaku serangan.Katanya, serangan epilepsi juga boleh berlaku ketika seseorang itu dalam keadaan sedar tanpa si empunya diri menyedarinya. ``Bentuk serangan epilepsi ini bergantung kepada lokasi di mana berlakunya gangguan tersebut. ``Jika gangguan tersebut terjadi pada bahagian yang mengawal pergerakan tangan, maka bahagian tersebutlah yang akan terjejas,'' ujarnya. Jika bahagian tersebut yang mengawal deria rasa, pesakit mungkin mengalami kebas secara tiba-tiba.

Rabu, 15 Julai 2009

Kanak-kanak Kurang Upaya

Pengenalan
Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wan ita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:

cacat fizikal teruk,
rencatan akal sederhana dan teruk,
pelbagai kecacatan dan
kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, dan murid pemulihan khas.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

Sindrom Down
Autisme ringan
Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Terencat akal minimum, dan
Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia).
Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.

Siri 2. Ciri-ciri Kanak-kanak SD

Ciri fizikal kanak-kanak SD :

Hidung kemek
Lidah tebal dan kerap terjelir
Tapak tangan lebar
Tapak tangan ada hanya satu lipatan
Jari kelengkeng tangan melengkung
Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
Leher pendek dan besar
Kelopak mata berlipat-lipat
Sendi longgar
Otot lembik
Kepentingan permainan

Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.

Permainan selidik dan jelajah

- tertarik kepada semua benda

- mengutip dan membelek objek

- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas

- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.

Permainan membina dan kognitif

misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna

Permainan sosial

- ketawa apabila digeletek

- bermain sembunyi-sembunyi

Permainan khayalan

- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza

- bermain masak-masak

Permainan merangsang pergerakan otot

- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal

Permainan bahasa

- meniru gaya cakap

- menyanyi

Mengenali Down Sindrom

Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.

SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:

Sakit jantung berlubang
Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
Kurang pendengaran
Lambat/bermasalah bertutur
Penglihatan kurang jelas
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:

Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur

Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:

Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
Latihan berterusan.
Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:

Lawatan ke TTI

Rabu, 15 Julai 2009. Setelah selesai pembentangan MPK dan FM semalam, hari ini kami diberi peluang berkunjung ke sekitar KT, kami sempat mengunjungi Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man. Kami sempat bergambar dibeberapa buah masjid di taman tersebut termasuk masjidil Haram, sebelah petang sempat menghadiri pesta Konvo UDM di Gong Badak,insyaallah pagi esok ke Pasar Payang, jam 430 petang berangkat balik.

Selasa, 14 Julai 2009

Tahniah En Hasnan Hashim

Tahniah kepada encik Hasnan bin Hashim kerana telah dilantik menjadi warga LPM.Kami mengucapkan selamat maju jaya. Saya terkejut besar kerana sebelum ini beliau bertugas di JPN Penang. Setelah bertanya beliau rupanya beliau telah berkhidmat di LPM sejak 1 januari 2009.
Johan Abu

Cikgu Halim Jantan

Cikgu Halim Jantan telah berpindah ke SK Seri Bandar, Jln Air Leleh, Bkt katil, Melaka. Warga Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Makmur mengucapkan selamat maju jaya. Bersabarlah menghadapi dugaan yang mendatang.Semoga dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah baru, insyaallah. Selamat maju jaya.

Pelatih IPGIK Menjalani Praktikum

Tiga orang guru pelatih Institute Perguruan Ilmu Khas ( Pengkhususan Pendidikan Khas ) menjalani praktikum di sekolah ini mulai awal 22 Jun hingga 19 September. Mereka ialah Azma Azuan Aziz, Md Aswad Zainol dan Md Azim bin Azizan. Mereka akan dibimbing oleh Cikgu Aziz Samsuri dan cikgu Abd Manaf Musa. Pensyarah pembimbing mereka ialah Dr Abd Aziz bin Jantan. Selamat maju jaya.

Gotong Royong Perdana

Sabtu 11/07/2008, satu Gotong Royong Perdana telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur. Program ini dengan kerjasama PIBG sekolah. Semua guru dan kakitangan warga SK Seri Makmur terlibat. Warga Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Makmur juga terlibat sama. Kerja-kerja mengecat, merumput, mengemas stor dan sebagainya telah diadakan. Selain aspek kebersihan program ini bertujuan memupuk semangat kekeluargaan antara guru dan masyarakat, semoga usaha ini akan diteruskan.

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka

Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Seri Makmur telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka pada 25 dan 26 April 2009 yang lalu. Guru-guru, penjaga murid dan
pelajar telah dibawa ke Zoo Melaka, Masjid Al Azim, Kota A Farmosa, Memorial Kemerdekaan, Muzium Samudera dan banyak lagi. Pada sebelah malamnya mereka telah menginap di Asrama PSPN Negeri Sembilan sebelum meneruskan lawatan esoknya ke Desa Water Park Kuala Lumpur. Lawatan diketuai oleh En Aziz bin Samsuri.

Tahniah Pn Jam'atul Sabariah

Maklumat yang diterima Pn Jam'atul Sabariah bte Abd Ghani dari UPMPD Lembaga Peperiksaan Malaysia telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tahniah, Kami Fasilitator SuP UPSR, PMR dan SPM yang sedang mengikuti Taklimat Penyelarasan Peperiksaan UPSR,PMR dan SPM di Kuala Terengganu mengucapkan selamat maju jaya, insyaallah.

Musim Durian

Kuala Terengganu, 14 Julai, Selepas asar kami sup upsr, pmr dan spm sempat berkunjung ke Pasar Payang disamping menikmati keindahan Bandaraya Kuala Terengganu. Kami sempat meninjau peniaga-peniaga durian di sekitar Pasar Payang, sempat juga membeli dan menikmati kelazatannya. Pada awalnya kami bercadang melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, tetapi hajat tidak kesampaian kerana hujan yang turun agak lebat petang tadi.

Taklimat MPK dan FM

TAKLIMAT
PENYELARASAN PEPERIKSAAN UPSR, PMR & SPM & PRA PENDAFTARAN ATAS TALIAN UPSR,PMR 2009 bersama Setiausaha Peperiksaan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.Zon Timut (Terengganu, Kelantan dan Pahang)

13 – 18 JULAI 2009
HOTEL GRAND CONTINENTAL,
KUALA TERENGGANU

Kursus di Kuala Terengganu

Saya di Kuala Terengganu, bekursus mulai 12/07/2009 sampai 16/07/2009. Sunyi rasanya, kawan sebilik Md Hanis Ahmad tak dapat datang kerana sedang berkursus di IPGI Bangi selama 6 minggu. Malam tadi kana bentang Manual Prosedur kerja dan disambung pula pagi tadi. Mujurlah rakan saya Cikgu Johan Abu (Kedah) dan Rahim Hassan (Johor) datang dan sempat membantu pembentangan Fail Meja. Petang ni kami bercadang ke Pulau Wan Man, insyaallah.