Rabu, 15 Julai 2009

Mengenali Down Sindrom

Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.

SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:

Sakit jantung berlubang
Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
Kurang pendengaran
Lambat/bermasalah bertutur
Penglihatan kurang jelas
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:

Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur

Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:

Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
Latihan berterusan.
Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan