Khamis, 16 Julai 2009

Epilepsi (3)

Pada 1990, British Epilepsy Association melaporkan 72 peratus daripada penghidap epilepsi mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan. Dr. Azmi memberitahu, di sesetengah negara pesakit epilepsi yang mendapat serangan pertama tidak dibenarkan memandu kereta selama setahun.
Bagaimanapun, jika selepas tempoh setahun pesakit dilaporkan bebas daripada serangan, pesakit layak mendapat lesen semula. Katanya, 70 peratus pesakit epilepsi yang diberi rawatan ubat-ubatan dapat mengawal keadaan mereka manakala bakinya 30 peratus sukar dikawal. ``Mereka yang tergolong dalam kumpulan 70 peratus ini sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk bekerja atau belajar,'' ujarnya. Penghidap epilepsi yang sukar mendapat pekerjaan tergolong dalam kumpulan mereka yang menghadapi masalah epilepsi yang tidak terkawal, personaliti atau fizikal mereka terjejas misalnya seperti tangan yang spastik.
Pekerjaan penghidap epilepsi
Jika pesakit kanak-kanak bebas daripada serangan epilepsi dalam jangka masa antara dua hingga tiga tahun, peluang untuk mereka sembuh dianggarkan sebanyak 60 peratus.

Bagaimanapun, katanya, bagi orang dewasa mereka mungkin perlu mengambil ubat selama seumur hidup untuk mengawal epilepsi. Dr. Azmi menasihatkan penghidap epilepsi supaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka.
Sebaik-baiknya elakkan memohon pekerjaan yang melibatkan keselamatan orang ramai seperti pemandu bas, polis trafik, kereta api, teksi atau juruterbang. Pada masa yang sama, katanya, penghidap juga tidak digalakkan melakukan pekerjaan seperti
Mengendalikan jentera atau mesin yang berat
* Pengasuh kanak-kanak
* Pekerjaan yang hampir dengan sungai, laut dan tempat-tempat terpencil
* Kerja-kerja menghantar surat
* Kerja mengendalikan bahan-bahan kimia
Dr. Azmi tidak menafikan berlakunya masalah diskriminasi oleh majikan terhadap penghidap epilepsi.

Dr. Azmi tidak menafikan berlakunya masalah diskriminasi oleh majikan terhadap penghidap epilepsi. Ini termasuklah diberhentikan kerja, diasingkan dan kurang diberi peluang kenaikan pangkat.

Keadaan itu, katanya, menjejaskan psikososial pesakit sekali gus menyebabkan pengangguran yang tidak sepatutnya. ``Secara tidak langsung penghidap mengalami masalah pendapatan yang tidak stabil ekoran terpaksa bertukar-tukar pekerjaan, membebankan keluarga dan hilang keyakinan diri,'' katanya.Di England, penghidap epilepsi yang kerap mendapat peruntukan perubatan, elaun bulanan dan tempat tinggal. Bagaimanapun ada juga majikan yang bertanggungjawab dan terus memberi sokongan kepada pesakit epilepsi yang bekerja dengan mereka. Hakikatnya, kata Dr. Azmi, seperti individu normal yang lain, kebanyakan penghidap epilepsi yang mengikut peraturan ubat-ubatan tidak mendapat serangan. Malah, kata beliau, golongan ini lebih bertanggungjawab, dedikasi terhadap pekerjaan mereka dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.``Majikan tidak seharusnya memberhentikan pekerja mereka yang menghidap epilepsi sewenang-wenangnya hanya kerana masalah kesihatan yang mereka hadapi.
Faktor mencetus epilepsi
Tekanan
Kurang tidur atau rehat
Sensitif pada cahaya yang terang (photo sensitive)
Minum minuman keras

Tiada ulasan:

Catat Ulasan