Isnin, 22 November 2010

Hari Qualiti 2010

Antara gambar sekitar Hari Qualiti 2010 SK Seri Makmur yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. YB Dato Abd Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya. Seramai 44 orang calon upsr 2010 telah mendapat 5A, kepada yang lain diucapkan selamat maju jaya.








Hari-hari terakhir sebelum ke sekolah menengah

Berikut sebahagian dari ragam pelajar yang akan meninggalkan program PPKI SK Seri Makmur, sebelumnya mereka ke SMK Sungai Besar atau SMK Seri Bedena. Warga PPKI SK Seri Makmur, mendoakan selamat maju jaya.










Ahad, 14 November 2010

Penang Ma, Ipoh Male

Lawatan sambil belajar Program Pendidikan Khas Seri Makmur ke Pulau Pinang telah diadakan pada 29,30 Oktober 2010 yang lalu. Disertai oleh semua guru, PPM dan 28 orang pelajar.Menginap di Anggerik Lodging. Pelajar dibawa melawat Bortanikal Garden,Rumah Okir, Rumah P.Ramlee, Pasaraya Chowraster, Bukit Bendera, Padang Kota Lama, Esplande Penang, Jusco, sebelum meneruskan lawatan ke Lost World Tambun.

En Yusairey Zakaria Melapor Diri












En Yusairey bin Zakaria atau timangannya ( YUS )melapor diri di SK Seri Makmur pada 13/1//2010. Berasal dari Bachok Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Dua, Bachok Kelantan.Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Kandis (SPM), SMK Bachok (STPM) Sebelum ini bertugas di SK Binjai Jaya dari 6 Mac 2007 hingga 12/10/2010 sebagai PPM Asrama Desa. Seluruh warga kerja PPKI SK Seri Makmur mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas.