Selasa, 17 Julai 2012

KSSR PENDIDIKAN KHAS

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.
 
Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).
 
Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaranAsas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.
 
Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Definasi Pendidikan Khas

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah , teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui
· perkembangan mental
· kestabilan emosi
· integrasi sosial

“ Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, social dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.”
( Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992)
“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.”
(Heward & Orlansky ,1980)
“ Kanak-kanak Khas perlu dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari segi jasmani, emosi, sosial dan interlek dengan menyediakan pendidikan yang dirancang secara induvidu dan sistematik.”
“ Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanakyang telah dikenal pasti dan disahkan oleh professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran . kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan kognitif ,sosial , komunikasi dan kemahiran perkembangan.
( Kem . Pendidikan Malaysia)
“ Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
( Hallahan dan Kauffman 2006)
“ Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.( Gargiulo 2003)

Akta Pendidikan Khas

AKTA PENDIDIKAN KHAS

Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984

Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan
‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan Khas

Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:
40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat
41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas
Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas
Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.
Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.
Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta P endidikan 1996.
1. Pelaksanaan Pendidikan inklusif
Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.
2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.
Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan.
3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan
Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh percubaan.
4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel
Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah

Bersediakan Guru Pendidikan Khas

Dah lama sangat saya tak menulis diblog  ini. Entah mengapa hari ni tergerak hati nak mencoret di blog DCI ni. Berkebetulan saya sedang mengikuti mesyuarat  KSSR Pendidikan Khas bersama Bahagian Kurikulum dan JU-JU seluruh Malaysia. Nampaknya tugas Tranformasi dalam pendidikan khas ini khususnya, bukan satu perkara yang mudah. Kita kena tranform dari semua aspek dan bahagian. Bukan sahaja kurikulum tetapi pelaksana-pelaksananya. JPN kena Tranform, PPD kena Tranform, Pegetua/Guru Besar kena Transform, PK Khas kena Transform, Penyelaras kena Transform, Ibu bapa kena Transform, JU kena Tranform... Namun dalam ranjau membuat perubahan ini ada individu yang masih ego dan berat hati untuk perubahan ini.. Ada pegawai-pegawai JPN dan PPD (bukan semua) yang tidak berminat untuk mengikuti perbincangan dan sumbang saran dalam proses meneraju perubahan ini. Hebatnya mereka.Semuanya diletakkan dibawah batu jemala JU. Bagi saya pegawai-pegawai atas yang terhormat ini sangat perlu ditranformasikan dahulu sebelum murid di KSSRkan. Terima Kasih dan Jumpa lagi..
DR Mohd Anuar

Khamis, 12 Julai 2012

Kursus PNP Pendidikan Luar Jurulatih Kokurikulum Negeri 2012






Cikgu Mohd Azmi bin Mt Zain, dari Program pendidikan Khas Integrasi, SK Seri Makmur Sungai Besar telah mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri pada 10 hingga 12 July 2012 di Pusat Kokurikulum Negeri di Kem Tekali. Kursus ini dihadiri seramai 31 orang dari seluruh negeri Selangor.Mereka didedakan dengan asas renangan dan persediaan menyelamat kelemasan di air selama dua hari. Selamat maju jaya.

Rabu, 11 Julai 2012

Kursus KSSR dan PBS PK Tahun 3







Guru Pendidikan Khas dari Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor menghadiri kursus KSSR dan PBS selama 4 hari di SK Bandar Baru Kuala Selangor mulai 9 July hingga 12 July 2012. Mereka di bimbing oleh Pn Siti Jamilah Aminuddin, Mohd Sabari Sariman, Tree Nurhayaty Masrukin, Norhaliza Tahir, Rahmah Mokhtar, Gayah Isau, Mohd Yusof Zoalkifli dan Siti Haliza Hamzah. Mereka didedahkan dengan penulisan RPH semua matapelajaran.