AKTA PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984
Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan
‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.
Akta Pendidikan Khas
Akta
pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan
1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam
akta tersebut yang menyarankan bahawa:
40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat
41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas
Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas
Kategori
murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang
difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.
Seksyen
40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai
era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di
kehendaki membuka kelas jika ada permintaan
daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri
untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan
khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.
Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta P endidikan 1996.
1. Pelaksanaan Pendidikan inklusif
Pada
tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan
telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun
1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan
ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.
2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.
Bagi
memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta
pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan
yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik.
Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR
dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud
peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional
melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK
memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan.
3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan
Terlaksananya
akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas
sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan
seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah
tamat tempoh percubaan.
4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel
Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau
teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi
peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan
kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan