Pendidikan khas ialah satu bidang profesion
yang berkaitan dengan kaedah , teknik dan penyelidikan yang tersendiri.
Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik
bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya
pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan
kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal,
alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua
intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong
kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan
vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan
Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas,
peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
kebolehan dan keupayaan murid.
Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui
· perkembangan mental
· kestabilan emosi
· integrasi sosial
“
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa
iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, social dan emosi yang
tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak
dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.”
( Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992)
“
Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di
bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka
memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru
khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah
pembelajaran.”
(Heward & Orlansky ,1980)
“ Kanak-kanak Khas
perlu dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari segi jasmani,
emosi, sosial dan interlek dengan menyediakan pendidikan yang dirancang
secara induvidu dan sistematik.”
“
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanakyang
telah dikenal pasti dan disahkan oleh professional klinik sebagai
mengalami kecacatan yang mengganggu proses
pembelajaran . kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan kognitif ,sosial , komunikasi
dan kemahiran perkembangan.
( Kem . Pendidikan Malaysia)
“ Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
( Hallahan dan Kauffman 2006)
“
Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan
pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan
peralatan dan kaedah pengajaran khusus.( Gargiulo 2003)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan