Isnin, 17 Mei 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Gambar sekitar Sambutan Hari Guru 2010, Kumpulan Baju Merah mendominasi Sambutan.Majlis dimulai dengan Bacaan Yasin, sukaneka, Berikutnya Acara di dewan dimulai dengan mambaca perutusan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Pelajaran Selangor, ucapan ketua pelajar, ucapan Guru Besar dan majlis penyampaian hadiah. Majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Guru, anjuran PIBG sekolah.










Isnin, 10 Mei 2010

Tahniah Cikgu Azmi

Tahniah buat cikgu Azmi Mat Zain, sempena majlis Konvokesyen IPGIK Kuala Lumpur yang diadakan pada hari Jumaat lepas ( 7/5/2010 )Khabarnya dapat anugerah Pelatih terbaik IPGIK. Tahniah sekali lagi dari warga Pendidik PPKI SK Seri Makmur.




Khamis, 6 Mei 2010

Ibu Saya


Saya mempunyai ibu. Nama ibu saya ialah Azilah bte Shahari. Umurnya 34 tahun. Ibu saya sangat cantik. Beliau lemah lembut orangnya. Seorang yang penyayang. Ibu selalu memasak makanan yang sedap-sedap untuk kami sekeluarga. Ibu selalu menasihati saya dan adik saya supaya rajin belajar. Saya sangat sayang akan ibu saya.

Nor Fitri bin Azilah
Darul Jalal PPKI
SK Seri Makmur.

Cita-cita saya


Semua orang mempunyai cita-cita. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh. Tugas sebagai seorang doktor bukannya mudah. Doktor perlu memberi bantuan, merawat pesakit sehingga sembuh. Saya ingin menjadi seorang doktor yang baik. Saya ingin berbakti kepada negara tercinta.Saya ingin menolong orang sakit, orang tua. Itulah cita-cita saya.

Muhd Khairul Nizam Mustafa
Darul Jalal PPKI
SK Seri Makmur.

Jiran Saya


Saya mempunyai jiran.Jiran saya dikenali sebagai Kak Bi.Anaknya seramai 5 orang. Kami tinggal bersebelahan. Bila ada masa lapang kami sering bermain bersama.Saya sangat menghormatinya kerana mereka jiran yang baik.Kami sering bantu membantu antara satu sama lain terutama pada waktu kecemasan. Kami sering bertukar-tukar kuih muih terutama pada bulan puasa. Kami kunjung-mengunjung pada hari raya. Saya sangat sayang pada jiran sebelah rumah saya. Mereka kuat bekerja, rajin sembahyang, tekun berusaha. Itulah jiran saya.

Asma Adila bte Baharudin
Jannatul Firdaus PPKI
SK Seri Makmur.