Khamis, 17 November 2011

Cuti Persekolahan 2011 Bermula.

Cuti persekolahan sesi 2011 bermula hari ini, sekolah akan dibuka semula pada 3/1/2012. Kepada semua pelajar, gunakan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah. Kepada semua warga pendidik sk seri makmur diucapkan selamat bercuti. Mesyuarat guru akan diadakan pada 28,29 dan 30/12/2011. Giliran bertugas staff pendidikan khas seperti berikut,

21-25/11/11 Abd manaf musa & Rusman Mispan
28/11-03/12/11 Rahimah Sahak & Suzanna Mustafa
05-09/12/11 Azmi Mat Zin & Nor Aini Husain
12-16/12/11 Firdarus Bakar & Mekyah Awang Hamat
19-23/12/11 Hasfanora Abu Hasan & Zunaidah Zainudin.

Selamat bercuti.

Perkemahan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2011

Perkhemahan akhir tahun pendidikan khas telah diadakan pada hari Selasa, 22/10/2011 yang lalu di Tapak Perkhemahan Pendidikan Khas SK Seri Makmur. Seramai 45 orang pelajar telah menyertainya, Mereka telah di pimpin oleh kem komander En Md Azmi Mat Zin. Pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti mendirikan khemah,jenis-jenis ikatan, rekacipta, asas kawad, ikhtiar hidup, memasak, serta solat zohor berjamaah. Perkhemahan yang bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 3.00 petang.




Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Jadi 2011

Majlis Jamuan Akhir tahun dan Sambutan Hari Jadi Pelajar telah diadakan pada Rabu 16/11/2011 yang lepas. Majlis dihari oleh semua Guru Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )dan jemputan. Selain jamuan, majlis penyampaian hadiah kepada pelajar juga diadakan. Selamat maju jaya. Berikut antara aktiviti yang dijalankan.



Kem Smart Solat Pendidikan Khas

Sungai Besar, 15 Nov 2011, Kem Smart Solat untuk pelajar Program Pendidikan Khas, SK Seri Makmur telah diadakan di Surau Saidina Abu Bakar. Peserta telah dibimbing dari awal hingga akhir oleh Pakar Motovasi kita, Ustaz Azroie Yaakob.


Seramai 48 orang pelajar telah mengikutinya dengan dibantu oleh semua guru Pendidikan Khas. Program bermula jam 800 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Pelajar didedahkan dari awal persediaan sebelum solat sehinggalah adab-adab berdoa dalam sembahyang. Selamat maju jaya.

Isnin, 7 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Salam 'idil Adha dari Abdul Manaf Musa sekeluarga.