Isnin, 21 Mei 2012

Selamat Datang Norhaliza bte Khairi

Selamat datang Puan Norhasliza Khairi ke Program Pendidikan Khas SK Seri Makmur sebagai PPM yang baru mulai 14 Mei 2012 menggantikan Pn Nor Azura Dahari yang berpindah ke SK Tun Dr Ismail, Tebuk Pulai Sabak Bernam. Puan Norhasliza berasal dari Kg Parit 4 Barat Sungai Besar dan sebelum ini bertugas sebagai PPM di Program Pendidikan Khas SK Kampung Banting.

GPK Pendidikan Khas SK Serendah

Ustazah Mek Yah Awang Hamat

Ustazah Mek Yah bte Awang Hamat telah dinaikkan panggat sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Serendah, Batang Kali Selangor mulai 1 Mei 2012. Sepanjang kerjayanya sebagai guru pendidikan khas di SK Seri Makmur, beliau seorang yang ramah dan disukai murid. Seluruh warga pendiikan khas SK Seri Makmur mengucapkan selamat maju jaya.

Selamat Datang Cikgu Salina bte Jamali

Cikgu Salina, Guru Ganti kepada Pn Hasfanora bte Abu Hassan yang cuti bersalin, mula bertugas mulai semalam. Beliau berasal dari Kampung Batu 23 Sungai Nibung Sekincan Selangor.

Kursus Pendidikan Luar Jurulatih Koko

Cikgu Mohd Azmi bin Mat Zain akan menghadiri Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Selangor Tahun 2012 pada ketetapan berikut
Tarikh    : 15 hingga 17 Mei 2012
Tempat  : Persatuan Nelayan Kawasan Sepang, Kompleks Agrotourism Bagan Lalang, Sepang
Dari Kiri, Cikgu Amirizal, Ustaz Saiful, En Md Azmi

Selamat berkursus.

Peperiksaan Pertenghan Semester

Tarikh : 17 Mei hingga  23 Mei 2012

17 Mei 2012 Khamis : 8.30-9.30 ( Bahasa Melayu ), 1030-11.30 ( Kemahiran Hidup)
18 Mei 2012 Jumaat : 8.30 - 9.30 ( Matematik ), 10.30-11.30 ( Pendidikan Islam & Moral )
21 Mei 2012 Isnin : 8.30 - 9.30 ( English ), 10.30 - 11.30 ( Sains )
22 Mei 2012 Selasa : 8.30 - 10.00 ( Pendidikan Seni Visual )

Selamat menduduki peperiksaan.


Rabu, 16 Mei 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan

Sambutan Haru Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, tidak kurang meriahnya. Majlis diadakan setiap tahun pada tarikh keramat 16 Mei. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yaasin dan Tahlil di dewan sekolah, semua guru dan pelajar terlibat. Selepas bacaan yasin dan tahlil majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn Rokayah Ahmad, Menteri Pendidikan oleh En Harun Saib, Ucapan Ketua Pengawas adik Nuranisah Hj Shaharudin dan ucapan Tuan Guru Besar, Pn Hjh Hasnah Maruan.Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyai beramai ramai lagu GURU MALAYSIA, lagu tema hari guru oleh semua guru SK Seri Makmur. Majlis kemudiannya dipersembahkan dengan Nasyid sekolah dan persembahan Pra Sekolah sebelum berhenti rehat pada jam 10 pagi.
Selepas rehat acara persembahan diteruskan dengan nyanyian dari Pendidikan Khas, action Song, story Telling dan Bercerita kisah-kisah Nabi. Selesai acara persembahan, upacara penyampaian hadiah dari pelajar kepada guru dijalankan.Jam 1130 pagi, pertukaran hadiah antara guru/kakitangan dijalankan Jam 1230 tengahari, jamuan Hari Guru diadakan, semua guru dan kakitangan meraikannya. Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG En Halim Masri, kemudian penyerahan Baucer BSN kepada semua Guru bernilai RM 20 untuk membolihkan cabutan bertuah BSN. Akhirnya majlis penyampaian hadiah kepada guru dan kakitangan yang berpindah, Pn Mek Yah Awag Hamat, Pn Nor Azura Dahari, Cikgu Shah dan cikgu Borhanudin Karsani.