Sabtu, 31 Oktober 2009

Isnin, 26 Oktober 2009

Kanak-kanak Autisme

Kanak-kanak Autisme
PendidikIstilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami di sepanjang kehidupan kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memapar-kan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak autisme juga mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja. Punca Punca sebenar autisme tidak diketahui tetapi beberapa teori terakhir mengatakan faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan austistik pada kanak-kanak. Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur didapati kemungkinan mengalami gangguan autistik. Selain itu pengaruh virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komuni-kasi dan interaksi. Malah kini, turut dikenal pasti dalam punca berlakunya autistik adalah akibat pencernaan. Lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku. Ciri-ciri Kanak-kanak autisme mempunyai masalah ataupun gangguan dalam bidang berikut: 1. Komunikasi: a. Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung b. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain c. Jarang menggunakan bahasa d. Sukar diajak bercakap e. Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja f. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami h. Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia) i. Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya j. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu 2. Interaksi sosial: a. Suka bersendirian b. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain c. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan d. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut Gangguan deria: e. Sensitif pada sentuhan f. Tidak suka dipegang ataupun dipeluk g. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga h. Suka mencium dan menjilat mainan ataupun benda-benda lain i. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut 3. Pola bermain: a. Tidak suka bermain seperti mana kanak-kanak sebayanya b. Tidak suka bermain dengan rakan sebayanya c. Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-menyambut alat mainan ataupun apa sahaja yang dipegangnya d. Suka dengan objek-objek yang berputar, seperti kipas angin e. Apabila ia menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja 4. Tingkah laku: a. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif b. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepakkan tangan dan menepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari ataupun berjalan mundar-mandir c. Tidak suka pada perubahan d. Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa-apa reaksi 5. Emosi: a. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab b. Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya c. Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu d. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu e. Ada kalanya mencederakan diri sendiri f. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain Kanak-kanak autisme kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan biasanya memaparkan tingkah laku yang negatif seperti menjerit ataupun merosakkan harta benda orang lain. Kebanyakan masalah yang timbul adalah akibat gangguan terhadap interaksi sosial yang normal. Masalah disiplin ketara bagi kanak-kanak kategori ini malah mereka kurang terpengaruh dengan puji-pujian ataupun peneguhan sosial yang lain. Time out biasanya adalah cara yang tidak efektif bagi mengurangkan tingkah laku negatif kerana mereka dibiarkan sendirian. Dipetik daripada buku Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa

Autisme

Apa Itu Autisme? membawa pembaca mengenali kanak-kanak autisme dengan lebih dekat. Kehidupan kanak-kanak ini menjadi mudah apabila orang di sekelilingnya memahami dan membantunya.Antara aspek penting yang dihuraikan di dalam buku ini adalah berkaitan dengan pendidikan, penjagaan, bahasa dan pertuturan, pergaulan, tingkah laku dan sebagainya.

Bahagian 1. Sejarah dan Punca Autisme Ciri-Ciri Kontinum dan Masalah Berkaitan Soalan yang Sering Berlegar Di Fikiran Ibu Bapa

Bahagian 2. Pelbagai Andaian dan Telahan Berkaitan Autisme Mengapa Kita Perlu Tahu Mengenai Autisme? Kita sebagai Ibu Bapanya Kita sebagai Saudara, Abang ataupun Kakaknya

Bahagian 3. Bagaimana Menanganinya Mendidiknya Seawal MungkinAspek-Aspek Penting Penjagaan Kanak-kanak AutismeBahasa dan Pertuturan Daya Tumpuan dan Situasi Belajar Pergaulan dan Tingkah LakuTerapi Muzik dan Terapi Bermain Senario Kanak-Kanak Autisme

Bahagian 4. Tujuan PenilaianKaedah Penilaian RawatanPendekatanUjian AQ Mengenai Autisme Chat- Senarai Semak untuk Autisme Senarai Semak Tingkah Laku Ujian IQ Mengenai Autisme

Bahagian 5. Mereka Mampu Berjaya Matt Savage Temple Grandin Daniel Tammet Donna Williams Tokoh-Tokoh Terkenal Bibliografi Indeks
Kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang unik. Walaupun mereka menunjukkan pelbagai tingkah laku yang berlainan, namun mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.Buku ini khas untuk mereka yang ingin mengenali kanak-kanak autisme dengan lebih dekat. Mereka adalah kanak-kanak yang menghiburkan dan membuatkan hidup anda seronok dengan telatah dan keunikan mereka yang tersendiri. Anda akan terperanjat apabila anda melihat mereka yang didiagnoskan autisme atau mempunyai ciri-ciri autisme adalah di kalangan mereka yang termasyhur dan dikenali ramai.
sIFR_callback_1_DoFSCommand(info, args);
Rating Pembaca
Markah anda [5 paling tinggi]: 1 2 3 4 5

Keputusan daripada 6 orang pengunjung
sIFR_callback_2_DoFSCommand(info, args);
Buku Berkaitan
Menjadi Guru Pendidikan Khas
Menjadi Guru Pendidikan Khas
Apa Itu Disleksia?
Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar
Apa Itu Autisme?
Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa
Senarai penuh buku yang sama kategori
Senarai penuh buku yang sama kategori

Peperiksaan Akhir Tahun

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun

Isnin
26/10/09
1. Bahasa Melayu 0800 - 0900 Pagi
Kemahiran Hidup 1100 - 1200 Tengahari

Selasa
27/10/09
2. Matematik 0800 - 0900 Pagi
Pend. Islam/Moral 1100 - 1200 Tengahari

Rabu
28/10/09
3. English 0800 - 0900 Pagi
Sains 1100 - 1200 Tengahari

Khamis
29/10/09
4. Pend. Seni Visual 0800 - 0900 Pagi

Selamat maju jaya.