Jumaat, 31 Disember 2010

Tahniah Md Idham Faizul


Warga kerja pendidikan khas sk seri makmur mengucapkan tahniah buat cikgu nur aini husin atas kejayaan anaknya mendapat 5A dalam peperiksaan upsr 2010 yang lalu. Sebagai insentif, Md Idham dibawa melancung ke Bukit Merah Lake Town. Kejayaan ini melengkapkan kejayaan gemilang sk seri makmur, 44 orang pelajarnya mendapat 5A dalam upsr, matlamat sk seri makmur cemerlang 2010 tercapat. tahniah buats emua, kepada yang tidak mendapat 5A, juga diucapkan tahniah, usaha sudah dilakukan dan terimalah seadanya. Buktikan pula dalam pencapaian PMR. Selamat maju jaya.

Tahniah Amirul Hakim Azmani


tahniah buat adik Hakim Azmani kerana berjaya dipilih sebagai pelajar mithali sra ehyaul falah. Kejayaannya mendapat 4A1B dalam UPSR dan pangkat Mumttaz dalam PSRA amat membanggakan sehingga mengalahkan ratusan pelajar normal yang lain. seluruh warga kerja pendidikan khajavascript:void(0)s SK Seri Makmur mengucapkan selamat maju jaya.

Selamat bertunang


Warga pendidikan khas mengucapkan selamat bertunang buat cikgu Hasfa Nora bte Abu Hasan dengan Encik Hamdi. Tahun 2010 berlalu, semoga tahun 2011 membawa kenangan yang cukup bermakna selain terpilih menghadiri kursus GSTT. Sepanjang pertunangan diharapkan dapat menjaga adap-adap bertunang. kebetulan Encik Hamdi ni bukan orang lain, anak buah tok guru nik aziz nik mat. Tahniah kulaan.

Isnin, 22 November 2010

Hari Qualiti 2010

Antara gambar sekitar Hari Qualiti 2010 SK Seri Makmur yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. YB Dato Abd Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya. Seramai 44 orang calon upsr 2010 telah mendapat 5A, kepada yang lain diucapkan selamat maju jaya.








Hari-hari terakhir sebelum ke sekolah menengah

Berikut sebahagian dari ragam pelajar yang akan meninggalkan program PPKI SK Seri Makmur, sebelumnya mereka ke SMK Sungai Besar atau SMK Seri Bedena. Warga PPKI SK Seri Makmur, mendoakan selamat maju jaya.










Ahad, 14 November 2010

Penang Ma, Ipoh Male

Lawatan sambil belajar Program Pendidikan Khas Seri Makmur ke Pulau Pinang telah diadakan pada 29,30 Oktober 2010 yang lalu. Disertai oleh semua guru, PPM dan 28 orang pelajar.Menginap di Anggerik Lodging. Pelajar dibawa melawat Bortanikal Garden,Rumah Okir, Rumah P.Ramlee, Pasaraya Chowraster, Bukit Bendera, Padang Kota Lama, Esplande Penang, Jusco, sebelum meneruskan lawatan ke Lost World Tambun.

En Yusairey Zakaria Melapor Diri












En Yusairey bin Zakaria atau timangannya ( YUS )melapor diri di SK Seri Makmur pada 13/1//2010. Berasal dari Bachok Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Dua, Bachok Kelantan.Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Kandis (SPM), SMK Bachok (STPM) Sebelum ini bertugas di SK Binjai Jaya dari 6 Mac 2007 hingga 12/10/2010 sebagai PPM Asrama Desa. Seluruh warga kerja PPKI SK Seri Makmur mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas.

Ahad, 24 Oktober 2010

Lawatan Langkawi Geopark

lawatan ke Langkawi Geopark pada 16 dan 17 Oktober 2010. Berikut sekitar gambar di Langkawi



Special Day Science Center 2010

Program Pendidikan Khas telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Pusat sains sempena special day Science Center pada 18/10/2010 (Isnin) yang lalu. seramai 28 orang pelajar terpilih bersama guru dan kakitangan (PPM) mengikutinya. Berikut sebahagian gambar sepanjang program tersebut.

















Khamis, 16 September 2010

Berjumpa & Berpisah

3 orang guru pelatih dapi IPIK menjalani Rancangan orentasi Sekolah (ROS) selama semunggu mulai 29/8/2010 hingga 3/9/2010. Mereka terdiri dari En Mohd Afif Faiz bin Ahmad Fauzi,Nurul Husna bt Mohd Shukri dan Nor Fariqah bt Ahmad Supani.



Khamis, 19 Ogos 2010

MAEPA (Malaysia Australia Education Program fo Afghanistan)

Tangal 8 Ramadhan 1431, mencatat sejaran apabila SK Seri Makmur menerima kunjungan seramai 33 orang pelawat dari Afghanistan dalam rangka program kerjsama Malaysia Australia Education Program fo Afghanistan ( MAEPA )yang kini sedang mengikuti kursus 14 Minggu di IPBA Kuala Lumpur. Mereka telah datang awal, untuk sesi taklimat manakala esoknya mereka memantau pengajaran & pembelajaran beberapa orang guru termasuk Program Pendidikan Khas. Bersama 3 orang penterjemah mereka amat tertarik dengan sekolah iniyang menurutnya cantik, indah dan bersih. Mereka kemudiannya dipersembahkan dengan pentomen,tarian,nasyid. Sebelum beredar mereka telah bertukar2 cenderamata, kemudiannya menanam pokok sebagai tanda kerjasama dua negara.Selain sekolah ini, mereka juga melawat Sekolah Menengah Agama Sungai Hj Dorani berikutnya.