Selasa, 17 September 2013

Gotong Royong Sempena UPSR

Satu gotong royong secara kecil-kecilan telah diadakan sekitar PPKI SK Seri Makmur. Ianya melibatkan semua guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Ia diadakan pada hari Rabu bersamaan 11 September 2013 sempena dengan Peperiksaan UPSR dimana pelajar Pendidikan khas di cutikan atas kebenaran PPD Sabak Bernam. Kerja-kerja mengemas, membersih taman, menyusun peralatan dan sebagainya yang tidak memerlukan kerja kuat.

Minggu Panatia PPKI 2013.

Minggu panatia Program Pendidi kan Khas Integrasi (PPKI) 2013 akan diadakan mulai 23 hingga 27 September 2013.Program melibatkan empat matapelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik dan Sains. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut matapelajaran dan tahap pencapaian.

Perkhemahan Akhir Tahun PPKI.

Perkhemahan sehari akhir tahun Programendidikan Khas Integrasi bersama PPKI SK Seri Sekincan akan diadakan ditapak Perkhemahan SK Seri Makmur pada 25 September 2013, hari Rabu mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, insyaallah.
Peserta perkhemahan akan didedahkan dengan kaedah mendirikan khemah, kawad kaki, ikhtiar hidup (memasak) aktiviti kerohanian dan sukaneka. Insyaallah dianggarkan seramai 50 orang peserta perkhemahan akan menyertainya.

Selamat Berkursus

Tiga orang guru PPKI SK Seri Makmur menghadiri kursus. Cikgu Hj Aziz Samsuri menghadiri Kursus Pelan Induk Pembanguinan Pendidikan
di Marina Cove, Lumut Perak. Manakala Cikgu Hjh Zunaidah Zainudin ( Bahasa Melayu )dan Mimi Suhaila Razali ( matematik ) menghadir Kursus KSSR tahun 4 di Haritage Hotel, Ipoh Perak.Selamat maju jaya,

Isnin, 9 September 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua pelajar SK Seri Makmur, Seramai 175 calon menduduki peperiksaan mulai hari ini 10 September 2013 dan berakhir pada  12 September 2013. moga anda semua akan berjaya. Bertawakkalah setelah anda berusaha dan berikhtiar. Terimalah keputusan seadanya.





Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Rahimah Sahak dengan pasangannya Shafiq Mustafa yang mengakhiri zaman bujangnya .
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Hashimiah Sungai Limau jam 3 petang, 6 September 2013. Majlis bersanding diadakan pada 7 September 2013, dengan dihadir oleh sanak saudara dan sahabat handai. Selamat pengantin baru.Majlis persandingan disebelah pihak lelaki diadakan pada 14 September 2013 di Taman Rasah, Port Dickson minggu lepas. Selamat menempuh gerbang perkahwinan.

Ahad, 14 Julai 2013

Salam Ramadhan


Isnin, 22 April 2013

Selamat Berjuang Cikgu Rosman.

Mulai esok 24 hingga 25 April 2013, cikgu Rusman Mispan akan mengetuai beberapa orang guru sekolah SK Seri Makmur, dalam Kejohanan Sepek Takraw MSSD Sabak Bernam. Kejohanan berlangsung selama 2 hari di Gelanggang SK Dr Abd Latif Sabak Bernam. Selamat Maju jaya.

Kursus Induksi Jurulatih Utama Matemataik dan Muzik.

Cikgu Hajah Zunaidah Zainudin dan Cikgu Mimi Suhaila Razali telah terpilih menyertai Kursus Insuksi JU KSSR dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Tahun 4 2013. Mereka adalah antara 15 orang guru yang dipilih dari seluruh Negeri Selangor.

Tarikh : 23-26 April 2013
Tempat : Avillion Legacy Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka
Matapelajaran : Bahasa Melayu dan Muzik.

Selamat berkursus.

Khamis, 21 Mac 2013

Selamat Datang cikgu Mimi Suhaila

Selamat datang cikgu Mimi Suhaila bte Razali ke Program Pendidikan Khas SK Seri Makmur. Cikgu Mimi Suhaila mula bertugas mulai 1 March 2013 mengganti kan cikgu Md Azmi bin Mat Zain yang berpindah ke SK Seri Sekincan. Sebelum ini cikgu Mimi Suhaila bertugas di SK Khair Johari Sabak Bernam. Gambar akan menyusul kemudian.

Terima kasih Cikgu Azmi Mat Zin

Cikgu Azmi Mat Zin berpindah ke Pendidikan Khas SK Seri Sekincan mulai 1 March 2013. Bagi pihak warga kerja Pendidikan Khas SK Seri Makmur, kami mengucapkan selamat berpindah ke sekolah baru, segala jasa dan pengorbanan anda sepanjang di  Seri Makmur, diucapkan ribuan terima kasih. Mohon maaf atas segala kesalahan.