Dah lama sangat saya tak menulis diblog ini. Entah mengapa hari ni
tergerak hati nak mencoret di blog DCI ni. Berkebetulan saya sedang
mengikuti mesyuarat KSSR Pendidikan Khas bersama Bahagian Kurikulum dan
JU-JU seluruh Malaysia. Nampaknya tugas Tranformasi dalam pendidikan
khas ini khususnya, bukan satu perkara yang mudah. Kita kena tranform
dari semua aspek dan bahagian. Bukan sahaja kurikulum tetapi
pelaksana-pelaksananya. JPN kena Tranform, PPD kena Tranform,
Pegetua/Guru Besar kena Transform, PK Khas kena Transform, Penyelaras
kena Transform, Ibu bapa kena Transform, JU kena Tranform... Namun dalam
ranjau membuat perubahan ini ada individu yang masih ego dan berat hati
untuk perubahan ini.. Ada pegawai-pegawai JPN dan PPD (bukan semua)
yang tidak berminat untuk mengikuti perbincangan dan sumbang saran dalam
proses meneraju perubahan ini. Hebatnya mereka.Semuanya diletakkan
dibawah batu jemala JU. Bagi saya pegawai-pegawai atas yang terhormat
ini sangat perlu ditranformasikan dahulu sebelum murid di KSSRkan.
Terima Kasih dan Jumpa lagi..
DR Mohd Anuar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan