Rabu, 19 Oktober 2011

Disleksia ( Dyslexia )

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:
• mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti
bercampur-aduk
• mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan
huruf-huruf yang yang digabung
• mereka sukar mengeja
• mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
• mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
• mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia. Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeda dari lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini. Kita perlu tahu bahawa tidak semua kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau kepayahan yang sama. Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh menghadapi masalah ini di peringkat rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran mereka sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar dan menghambat kemajuan pelajaran mereka. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan