Jumaat, 21 September 2012

Perkhemahan Motivasi, Bestari Solat & Jamuan raya

Perkhemahan Motivasi, Bertari Solat dan Jamuan Raya 2012, Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Seri Makmur telah diadakan selama 2 hari pada 18 dan 19 September 2012 yang lalu di Pusat Kecemerlangan Koku Sabak Bernam. Perkhemahan ini disertai oleh 35 orang pelajar pendidikan khas bersama semua orang guru dan pembantu pengurusan murid. Program ini antara lain mendedahkan pelajar kepada tiga aspek iaitu kesedaran bermasyarakat, asas perkhemahan dan memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Perkhemahan bermula seawal jam 3.30 petang, dimana satu taklimat ringkas diadakan, pelajar mendirikan khemah, solat asar, rehat. Selepas solat maghrib diadakan LDK 1 dimana Ustaz Suparman Sadikan telah memimpin pelajar dari awal hingga akhir. Selepas isya pelajar makan malam, dan kemudiannya persembahan malam kebudayaan ( LDK 2) keesokan paginya selepas solat subuh, diadakan kuliah subuh oleh ustazah Nor Liana Rosli, (LDK 3) perhimpunan pagi Malaysia Cergas dan sarapan pagi. Jam 8.00 pagi diadakan kawad kaki dan ikatan (LDK IV) Majlia berhenti rehat jam 10.00 pagi dan kemudiaannya persediaan Jamuan Raya Pendidikan Khas mulai jam 11.00.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan