Jumaat, 29 Jun 2012

Sukan Tahunan Kali 41

Tarikh : 1 July 2012
Hari Ahad
Masa : Mulai 7.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Padang SMK Seri Bedena.
Perasmian penutup : YB Dr Hj Mohamad Khir bin Hj Toyo.

Semua ibubapa & penjaga murid dijemput hadir.

Ahad, 24 Jun 2012

Selamat Datang Us Sazwani bte Habib

Program Pendidikan Khas SK Seri makmur mengucapkan selamat datang kepada ustazah Sazwani bte Habib yang mula bertugas pada 18/6/2012 menggantikan Ustazah Mazura bte Nasiran yang cuti bersalin selama 90 hari. Selamat bertugas.

Sukan Tahunan SK Seri Makmur 2012

Tarikh : 1 Julai 2012
Hari : Ahad, Masa : Mulai 7.30 pagi.
Tempat : Padang SMK Seri Bedena.
Semua ibubapa di jemput hadir, insyaallah.

Berita dan gambar akan menyusul.

Tilawah Al Quran Pendidikan Khas 2012

Azhad Aminudin ,  Johan Azan Subuh

Nadia bte Ibrahim, peserta Tilawah Al Quran

Peserta Tilawah Al Quran bergambar dengan Guru Pengiring

Bergambar dengan hadiah kemenangan, syabas




Pada 13 June 2012/23 Rejab 1433, PPKI SK Seri Makmur telah menghantar 4 peserta menyertai Pertandingan Tilawqal Al Quran Pendidikan Khas Daerah Sabak Bernam yang di adakan di SK Binjai Jaya Sabak Bernam. Dalam Pertandingan tersebut adik Azlan Abd Samad dan Nadia bte Ibrahim telah muncul sebagai Johan Tilawah Al Quran, manakala adik Azhad Aminudin muncul Johan Azan Subuh. Mereka akan mewakili Daerah Sabak Bernam dalam Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada  hari Selasa, 26 June 2012. Adik Aiman Aswan bin Mohd Zafri pula mendapat tempat ketiga dalam acara Hafazan. Peserta dilatih oleh Pn Roslina Salleh, Cik Norliana bt Rosli, Pn Salasiah Abdullah, Pn Sabrina bte Azmi dan Tn Hj Aziz bin Samsuri. Tahniah kepada yang berjaya.

Isnin, 21 Mei 2012

Selamat Datang Norhaliza bte Khairi

Selamat datang Puan Norhasliza Khairi ke Program Pendidikan Khas SK Seri Makmur sebagai PPM yang baru mulai 14 Mei 2012 menggantikan Pn Nor Azura Dahari yang berpindah ke SK Tun Dr Ismail, Tebuk Pulai Sabak Bernam. Puan Norhasliza berasal dari Kg Parit 4 Barat Sungai Besar dan sebelum ini bertugas sebagai PPM di Program Pendidikan Khas SK Kampung Banting.

GPK Pendidikan Khas SK Serendah

Ustazah Mek Yah Awang Hamat

Ustazah Mek Yah bte Awang Hamat telah dinaikkan panggat sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Serendah, Batang Kali Selangor mulai 1 Mei 2012. Sepanjang kerjayanya sebagai guru pendidikan khas di SK Seri Makmur, beliau seorang yang ramah dan disukai murid. Seluruh warga pendiikan khas SK Seri Makmur mengucapkan selamat maju jaya.

Selamat Datang Cikgu Salina bte Jamali

Cikgu Salina, Guru Ganti kepada Pn Hasfanora bte Abu Hassan yang cuti bersalin, mula bertugas mulai semalam. Beliau berasal dari Kampung Batu 23 Sungai Nibung Sekincan Selangor.