Rabu, 28 April 2010

Perjumpaan Staff PPKI Bersama KPP Unit Koku KPM

Perjumpaan Staff Program Pendidikan Khas Daerah Sabak Bernam pada 29/4/2010 di SAM Pasir Panjang, bersama Ketua Penolong Pengarah, Unit KoKurikulum Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, En Azizul bin Abd Rahman berhubung perlaksanaan Kegiatan KoKurikulum PPKI di sekolah sekolah. Negeri Selangor telah dipilih sebagai printis projek ini bagi melihat keberkesanannya. Majlis diakhiri dengan sesi dialog.









Rabu, 21 April 2010

Hari Ramah Mesra 2/10 Berjaya

Hari Ramah Mesra 2, Program Pendidikan Khas Integrasi yang diadakan petang semalam, 21/3/2010 (Rabu) dianggap berjaya, dengan kehadiran ibubapa/penjaga murid melebihi 80%. Majlis dirasmikan oleh Kapten Abu Hasan bin Dollah, mewakili En Omar bin Hamsa. En Mustafa Kamal bin Adam sempat memberikan motivasi kepada penjaga. Majlis diakhiri dengan sesi dailog penjaga bersama pentadbir PPKI. Pn Fauziah bte Yusof telah dilantik menjadi pengerusi yang baru.



















Ahad, 11 April 2010

Khidmat Sosial Pelajar Tingkatan 6 SSB

Pelajar Tingkatan 6 SMK Seri Bedena seramai 24 orang telah mengadakan gotong royong khidmat sosial di PPKI SK Seri Makmur pada Sabtu 10/4/2010 yang lalu. Mereka diiringi oleh guru-guru Tingkatan 6, diketuai oleh Tn Hj Hassan, En Faizol, En Mustafa Maliki dan ramai lagi.








Isnin, 22 Mac 2010

Pengenalan PPKI

Pengenalan PPKI

•Pendidikan khas memerlukan suatu pengurusan yang berlainan dengan pengurusan murid-murid normal.
•Peringkat awal perkembangan pendidikan khas di Malaysia tumpuan pendidikan adalah terhadap menyediakan peruntukan bagi murid-murid yang bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.

•Walau pun demikian kategori-kategori berkeperluan khas telah bertambah berdasarkan ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan.
•Untuk mendapatkan peruntukan tersebut, murid-murid tertakluk kepada proses penaksiran yang mengesahkan dan mengkategorikan murid-murid tersebut berdasarkan ketidakupayaannya.
•Melalui amalan tersebut, pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan tersendiri yang berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir murid-murid yang dikategorikan sebagai mengalami ketidakupayaan.


•Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia di laksanakan melalui :-
–Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran .
–Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.


Tempoh Belajar
•Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun
•Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun
•Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Intergrasi)

•Program Pendidikan Khas Intergrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggung jawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
•Ini merupakan kelas bagi murid-murid khas di sekolah-sekolah biasa.
•Kelas ini adalah sebahagian daripada sekolah berkenaan dan semua aspek pentadbirannya adalah di bawah sekolah berkenaan dan di bawah kelolaan jabatan pelajaran negeri.


•Selain memberikan pendidikan formal kepada murid-murid berkeperluan khas, kelas ini juga bertujuan menyatupadukan murid-murid khas ini dengan kanak-kanak khas biasa dalam sekolah itu ke arah normalisasi .
•Program ini juga dinamakan program intergrasi yang menjalankan program khas secara berasingan ataupun melalui kelas-kelas inklusif yang diamalkan mengikut kemampuan dan kesesuaian murid.


Pengurusan Kelas

•Pengurusan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan satu tempat di mana setiap murid menghabiskan sebahagian besar masanya di bangku sekolah.
•Pengurusan dan pe
•Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah.
•Peratura-peraturan bilik darjah
•Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
•Pengurusan tingkah laku
•Penjadualan
•Penyimpanan rekod
•Stesen-stesen pembelajaran
ngelolaan yang berkesan dapat membantu proses pengajaran pembelajaran dengan lebih baik.


Pengurusan bilik darjah secara umumnyamengandungi komponen-komponen seperti berikut :


•Penyusunan kemudahan fizikal/ perabot bilik darjah.
•Peratura-peraturan bilik darjah
•Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
•Pengurusan tingkah laku
•Penjadualan
•Penyimpanan rekod
•Stesen-stesen pembelajaran


Penyusunan Kemudahan Fizikal Perabot Bilik Darjah

•Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang
•Mengurangkan kebisingan dan gangguan
•Memupuk interaksi murid
•Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran
•Membolehkan guru yang memantau aktiviti murid


Cara penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan

•Guru dan murid bergerak tanpa halangan .
•Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar
•Guru dapat menimpukan perhatian kepada semua murid


Ruang Pengajaran dan Pembelajaran

•Ruang belajar untuk kumpulan besar .
•Ruang belajar untuk kumpulan kecil

•Sudut rekreasi
•Tempat audio-visual .
•Sudut bacaan
•Sudut pameran

•Sudut 'time out'
•Tempat letak peralatan membersihkan diri .
•Sudut pengurusan kebersihan diri
•Sudut tempat letak peralatan kebersihan bilik darjah .
•Sudut maklumat murid
•Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran


Peraturan Bilik Darjah

Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi-situasi
tertentu seperti :
•Aktiviti keluar masuk kelas
•Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-bahan yang dikongsi bersama seperti almari, rak, alat tulis, komputer dan lain-lain .

•Meninggalkan tempat duduk
•Menyerahkan kerja yang telah siap .
•Menjaga kebersihan bilik darjah
•Padang permainan
•Perhimpunan dan sebagainya.



-sumber: www.anuarsped.blogspot.com

Khamis, 4 Mac 2010

Al Fatehah

Al Fatehah buat Allahyarhamamah Siti Aishah bt Norazmil yang kembali ke rahmatullah pada petang semalam ( Khamis malam Jumaat, 4 March 2010 bersamaan 16 R'Awal 1431 ) setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid dan warga SK Seri Makmur mendoakan semoga allahyarhamah ditempatkan bersama sama orang yang soleh.







Ahad, 13 Disember 2009

Apakah Sindrom Down (Siri 2)

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 2(biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya..
Nota :

Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.


Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?
Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)


Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:

Tubuh yang pendek
Kepala bersaiz kecil
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
Lidah terjelir
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
Pertumbuhan yang lambat.
Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
Lambat atau sukar dalam pembelajaran
Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.

Penyakit jantung kongenital
Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.

Kecacatan pertumbuhan perut
Intestinal atresia
Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Mudah mendapat jangkitan
Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.


Masalah pendengaran dan penglihatan
Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.

Gangguan fungsi Tiroid
Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin
Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.

Barah (kanser)
Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa
Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.
[Atas]
Pencegahan
Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.
Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%
Amalan merancang keluarga

Pemulihan
Program intervensi
Terapi carakerja
Terapi pertuturan
Pendidikan khas
Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).

Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan..

Kumpulan Sokongan
Terdapat banyak kumpulan sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati dari internet. Contohnya:

Kiwanis Down Syndrome Foundation
Alamat : KDSF-National Centre
Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1, Taman SEA
47400 Petaling Jaya
Tel: 03-78030179 Fax: 03-78064862
Website : www.kdsf.org.my
e-mail : admin@kdsf.org.my
info@kdsf.org.my

Persatuan Sindrom Down Malaysia
Alamat : 79 Lingkungan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42579818
Website : http://www.mysindromdown.org
e-mail : psdm@tm.net.my

Langdon Down Centre
2a Langdon Park
Teddington
TW11 9PS
Tel : 0845 230 0372
Fax : 0845 230 0373
Website : http://www.downs-syndrome.org.uk
Email : info@downs-syndrome.org.uk

Md Amirul Hakeem Azmani


Melangkah ke alam remaja, insyaallah pada 19 Dec 2009/2 Muharram 1431 akan berkhatan di rumah datoknya Hj Masrom Hj Raduan & Hamsiah bt Jelani. Semua Guru dan warga PPM PPKI SK Seri di Jemput hadir di alamat Lot 2450 Parit Cabang Sg Hj Dorani,Sg Besar.
Tel : Hj Masrom 012-6371205.