Selasa, 17 Februari 2015

Kong Hi Fa Chai

Selamat Tahun Baru Cina buat semua warga Tionghua, walau dimana jua anda berada. Khusus kepada bekas pelajar Chia Cong Heng, Chia Tze Han, Chia Soi Kin, Tan Zee Yin dll yang pernah belajar di PPKI SK Seri Makmor.

Selamat Berpindah Cikgu Faizal

Cikgu Faizal Zainuddin, Guru Bahasa Inggeris PPKI SK Seri Makmur telah berpindah ke SK Cangkat Lada 3, Perak mulai 16 February 2015 setelah berkhidmat selama setahun sebulan di PPKI sekolah ini.Semoga cikgu Faizal dapat memberikah perkhidmatan yang terbaik di sekolah baru.

Pelancaran Program Nilam 2015

Pelancaran Program NILAM telah diadakan pada pagi 15 February 2015 di dewan utama sekolah. Encik Razali bin Shaari telah menyempurnakan pelancaran Program Nilam bagi mewakili En Azimudin Nordin yang tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat di BTP.















ppki 2015


Khamis, 5 Februari 2015

Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan  akan diadakan pada 6 Februari 2015 di SK Seri Makmur Sungai Besar mulai jam 9.00 pagi. Semua Guru Besar SK dan Pengetua sekolah menengah akan menghadirinya.
Tuan Pengaran di dewan utama

Kata aluan dari pengerusi majlis
Ucapan dari Tuan Pengaran Pendidikan Selangor

Bergambar kenangan dengan staff

Lawatan ke pusat pameran sksm


Pengarah Pendidikan Selangor En Zainuren bin Hj Mohd Noor telah menyempurnakan majlis disamping lain lain pegawai JPN dan PPD Sabak Bernam. SK Seri Makmur terpilih menerima anugerah kualiti bagi kategori SK Luar bandar. Tuan Guru Besar telah menerima replika RM 50,000 atas kejayaan tersebut dari Tuan Pengarah Pendidikan. Selain itu, JPNS telah menganugerahkan RM30,000 kepada sekolah ekoran kejayaan tersebut.

Selamat Berbengkel PPKI 2015

Ustaz Mohamad Romlee akan mengikuti Bengkel Data PPKI di PPD Sabak Bernam pada 5 Februari 2015. Bengkel akan diadakan bagi memperkemaskan pengurusan data PPKI sepanjang tahun 2015 dengan aplikasi Excel yang ditambah baik dari tahun ke setahun. Bengkel aakan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Semua sekolah yang ada program pendidikan khas integrasi akan menghadirinya. Bengkel akan dikendalikan JU utama data daerah cikgu Fadzil Panut dari SMK Bagan Terap. Selamat berbengkel.